SIJIL PENYELENGGARAAN BANGUNAN (SPB)

Syarat Am Kemasukan 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Tempoh Pengajian: 4 semester

Sinopsis

Program ini direkabentuk bertujuan untuk melengkapkan pelajar kepada kemahiran penyelenggaraan bangunan bagi memenuhi keperluan industri pembinaan seperti perkhidmatan dan penyelenggaraan bangunan. Program ini menawarkan modul pengetahuan Asas Penyelenggaraan Bangunan, Pendawaian Elektrik dan Penyaman Udara, Kimpalan Logam dan Perpaipan dan Kemasan Bangunan. Di samping itu juga, pelajar akan didedahkan kepada aspek dan kaedah penyelenggaraan bangunan dari segi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut keperluan kerja sebenar.


Prospek Kerja

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas di dalam bidang penyelenggaraan bangunan untuk menepati keperluan kerjaya dalam industri tersebut. Bidang kerjaya yang boleh diceburi adalah sebagai:

Juruteknik Selenggara Bangunan
Kontraktor Penyelenggaraan


Permohonan

Untuk mohon sila klik pautan berikut Permohonan Kursus Sepenuh Masa