SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN (STP)

Syarat Am Kemasukan 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Tempoh Pengajian: 4 semester

Sinopsis

Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang teknologi pembinaan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Pelajar diberi peluang menerokai kerjaya di dalam bidang teknologi pembinaan bangunan. Program ini mendedahkan pelajar tentang pengetahuan teori dan amali dengan mempraktikkan konsep teknologi pembinaan.

Prospek Kerja

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi pembinaan bangunan untuk diimplimentasikan di dalam bidang kerjaya tersebut. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti berikut :

Juruteknik
Penyelia Tapak Bina
Pembantu Juruukur Bahan
Kerani Tapak
Kontraktor
Sub Kontraktor
Usahawan
Pembantu Pelukis Pelan
Juruteknik Operasi Kilang

Permohonan

Untuk mohon sila klik pautan berikut Permohonan Kursus Sepenuh Masa