MEDIA

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

  • UTAMA
  • KORPORAT
    • Latar Belakang
    • Visi & Misi
    • Carta Organisasi
    • Polisi Keselamatan Siber
    • Perpustakaan@KKBP
    • UJK KKBP&KKBPCGP
  • KURSUS SEPENUH MASA
    • Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
    • Sijil Penyelenggaraan Bangunan
    • Sijil Pengoperasian Perniagaan
  • KURSUS PENDEK (PSH)
  • MUAT TURUN
    • MUAT TURUN
  • SMARTGREEN@KKBP
  • HUBUNGI KAMI
    • DIREKTORI
    • MAKLUMBALAS
  • STAFFSTAFF

Pelajar Aktif

120

Pelajar Tamat

3000

Anugerah

3 +

kURSUS sEPENUH mASA

Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM dengan 1 kepujian
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang teknologi pembinaan selari dengan perkembangan teknologi terkini. Pelajar diberi peluang menerokai kerjaya di dalam bidang teknologi pembinaan bangunan. Program ini mendedahkan pelajar tentang pengetahuan teori dan amali dengan mempraktikkan konsep teknologi pembinaan

PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi pembinaan bangunan untuk diimplimentasikan di dalam bidang kerjaya tersebut. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti berikut :

Juruteknik
Penyelia Tapak Bina
Pembantu Juruukur Bahan
Kerani Tapak
Kontraktor
Sub Kontraktor
Usahawan
Pembantu Pelukis Pelan
Juruteknik Operasi Kilang




Sijil Penyelenggaraan Bangunan
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM dengan 1 kepujian
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program ini direkabentuk bertujuan untuk melengkapkan pelajar kepada kemahiran penyelenggaraan bangunan bagi memenuhi keperluan industri pembinaan seperti perkhidmatan dan penyelenggaraan bangunan. Program ini menawarkan modul pengetahuan Asas Penyelenggaraan Bangunan, Pendawaian Elektrik dan Penyaman Udara, Kimpalan Logam dan Perpaipan dan Kemasan Bangunan. Di samping itu juga, pelajar akan didedahkan kepada aspek dan kaedah penyelenggaraan bangunan dari segi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut keperluan kerja sebenar.

PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas di dalam bidang penyelenggaraan bangunan untuk menepati keperluan kerjaya dalam industri tersebut. Bidang kerjaya yang boleh diceburi adalah sebagai:

Juruteknik Selenggara Bangunan
Kontraktor Penyelenggaraan



Sijil Pengoperasian Perniagaan
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM dengan 1 kepujian
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Penyediaan rekod-rekod perakaunan daripada dokumen sumber dan seterusnya menyediakan Laporan Kewangan berpandukan kitaran perakaunan yang lengkap.
2. Pengendalian kos pengeluaran, buku tunai runcit, dan penyata aliran tunai dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib
    dalam melaksanakan tugasan.
3. Melaksanakan aktiviti sokongan pemasaran,pengiklanan, promosi jualan dan sokongan jualan dengan betul dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik yang sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan.
4. Melibatkan diri dalam pembangunan maklumat dan keusahawanan.
5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan di dalam bisnes secara professional dan beretika.
6. Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa merancang dan melaksanakan tugasan
7. Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
8. Menyampaikan pengetahuan bagi isu kotemporari dan mengenal pasti keperluan bagi pembelajaran sepanjang hayat.
9. Berkomunikasi secara berkesan, bersikap professional dan bertanggungjawab di dalam persekitaran kerja berkumpulan.



PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian perniagaan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pengoperasian perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengoperasian perniagaan, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

Penyelia Operasi.
Penyelia Jualan
Penyelia Sumber Manusia
Pembantu Pemasaran
Perunding Perniagaan
Kerani
Usahawan dalam sektor perniagaan


  • Jalan Ungku Abdul Aziz, 81930 Bandar Penawar
  • 07-8225800
  • 07-8224880
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  •     Kolej Komuniti Bandar Penawar
  •  kkbpenawar
  •   kkbpenawar
  •  Kolej Komuniti Bandar Penawar
Ke Atas